Hadits-Hadits Pilihan Bab Wudhu

Bab berwudhu’ sebelum tidur

عَنْ عَاـشَةَ اَنَّ رَسُوُلُ الله صَلَّى الله وَسَلَّمَ
كَانَ اِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهُوَجُنُبٌ تَوَضَّأَ
وُضُوءَهُ لِلصَّلاةِ قَبْلا أَنْ يَنَامَ
Dari Aishah r.a. katanya : “Rasulullah s.a.w. apabila hendak tidur sedang ia dalam judub,
beliau berwudhu’ lebih dahulu sepeti wudhu’ akan sembahyang
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab wudhu’ sebelum makan
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِذَا كَانَ جُنُبًا فَأَرَادَ أَنْ يَأْكُلَ أَوْ يَنَامَ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ
Dari Aishah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. apabila berada dalam junub, beliau berwudhu’
terlebih dahulu sebelum makan atau tidur
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab berwudhu sebelum jima’
عَنْ أَبِى سَعَيْدٍ الْخُدْرِى قَالَ
قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَّلَمَ
اِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ ثُمَّ أَرَادَ أنْ يَعُودَ فَلْيَتَوَضَّأَ
Dari Abu Sa’id Al Kudri, katanya : “Bersabda Rasululullah s.a.w. :
“Apabila bersetubuh salah seorang kamu dengan isterinya , kemudian ia akan berbuat lagi,
maka hendaklah ia mengambil wudhu’ lebih dahulu.”
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab berwudhu’ sebelum mandi wajib
عَنْ عَائِشة قَالتَ
كَانَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَّلَمَ
اِذَا اَغْتَسَلَ مِنَ الْجَنَابَةِ يَبْدأُ فَيَغْسِلُ فَرْخَهُ يَدَيْهِ
ثُمَّ يُفْرِغُ بِيَمِيْنِهِ عَلَى شِمَالِهِ فَيَغْسِلُ فَرْجَهُ
ثُمَّ يَتَوَضَّأُ وُضُوءَهُ لِلصَّلاةِ
ثُمَّ يأخذ الماءَ فَيُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِى أُصُولِ الشَّعْرِ
حَتَّى اِذَا أَرَأى اَنْ قَدِ اسْتَبْرَأَ حَفَنَ عَلَى رأَسِهِ ثَلاثَ
حَفَنَاتِ ثُمَّ أَفَاضَ عَلَى سَائِرجَسَدِهِ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ
Dari Aishah r.a. katanya : “Adalah Rasulullah s.a.w.
apabila mandi junub dimulainya dengan membasuh dua tangannya,
kemudian dituangkan air dengan kanannya bahagian kirinya
lalu dibasuh kemaluannya
kemudian berwudhu’ seperti wudhu’ akan bersembahyang.
Kemudian diambil air sambil memasukkan jarinya ke akar rambut
hingga basah sluruhnya,
disauknya air tiga kali untuk kepalanya
kemudian diratakan air keseluruh badannya,
akhirnya beliau membersihkan dua kakinya.
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab wudhu’ menghapus dosa
عَنْ عُثْمَانَ عَفَّانَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ جَرَجَتْ
خَطَايَاهُ مِنْ جَسَدِهِ حَتَّى تَخْرُجُ مِنْ تَحْتِ أَظْفَارِهِ
Dari Usman bin Affan r.a. katanya : “Bersabda Rasulullah s.a.w. :
“Barang siapa yang berwudhu’ dengan sempurna, keluarlah dosa-dosanya
dari seluruh tubuhnya bahkan dari bawah kuku-kukunya.”
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mendahulukan kanan ketika wudhu’
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِى شَأْنِهِ كُلِّهِ فِى نَعْلَيْهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُوْرِهِ
Dari Aisyah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. suka mendahulukan yang sebelah kanan dalam segala hal
umpamanya memakai sandal, bersisir dan bersuci
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab Berwudhu’ menyapu ubun-ubun
عَنِ الْمُغِيْرَةِ بِنْ شُعْبَةَ
أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم
تَوَضَّأَ فَمَسَحَ بِنَا صِيَتِهِ وَعَلَى الْعِمَامَةِ وَالْخُفَّيْنِ
Dari Mughirah bin Syu’bah,
bahawa Nabi s.a.w. berwudhu’ lalu mengusap ubun-ubunnya,
dan atas serban dan dua kasut
Hadis sahih riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim

Bab membasuh tumit
وَعَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم
رَأَى رَجُلا لَمْ يَغْسِلْ عَقِبَهُ
فَقَالَ وَيْلٌ لِلأعْقَابِ مِنَ النَّارِ
Dari Abu Hurairah r.a.
Bahawa Nabi s.a.w. pernah melihat seorang lelaki tidak
membasuh tumitnya , lalu baginda bersabda :
“Celaka bagi tumit-tumit dari neraka”.
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab debu sebagai alat tayamum
وَعَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
فُضِّلْنَا عَلَى النَّاسِ بِثَلاثٍ
جُعِلَتْ صُفُوْفُنَا كَصُفُوفِ الْمَلائِكَةِ
وَجُعِلَتْ لَنَا الأرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدًا
وَجُعِلَتْ تُرْبَتُهَالَنَا طَهُورًا إِذَا لَمْ نَجِدِ الْمَاءَ
Dan dari Hudzaifah r.a. berkata :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
“Kami diberi kelebihan atas manusia tiga perkara
iaitu dijadikan saf-saf kami seperti saf-saf Malaikat,
dijadikan bagi kami bumi seluruhnya sebagai tempat sembahyang
dan dijadikan kami debunya sebagai pensuci apabila kami
tiada mendapatkan air
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab wudhu’ selepas makan
عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
الوُضُوءُ مِمَّا مَسَّتِ النَّارُ
Dari Zaid bin Tsabit r.a. katanya :
“Rasulullah s.a.w. bersabda ”
“Berwudhu’lah kerana (memakan) apa yang disinggung api”
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab berwudhu’ selepas makan
عَنْ عَمْرِو بْنِ أُمَيَّةَ الضَّمْرِىِّ قَالَ
رَأَيْتُ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
يَحْتَزُّ مِنْ كَتِفِ شَاةٍ فَاكَلَ مِنْهَا فَدُ عِىَ اِلَى
الصَّلاةِ فَقَامَ وَطَرَحَ السِّكِّيْنَ وَصَلَّى وَلَمَّ يَتَوَضَّا
Dari Ibnu ‘Amru bun Umayyah Ad Dhamri r.a. katanya
“Saya melihat Rasulullah memotong daging lengan kambing,
lalu beliau makan sebahagiannya. Kemudian ada panggilan
untuk sembahyang, lantas beliau berdiri dan meletakkan pisau
lalu beliau sembahyang dan tiada berwudhu’ (semula)
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab bersembahyang selepas makan
عَنْ أَبِى رَافِعٍ قَالَ اَشْهَدُ لَكُنْتُ اَشْوِى
لِرَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
بَطْنَ الشَّاةِ ثُمَّ صَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأ
Dari Abu Rafi’ r.a. katanya :
“Saya mengakui membakar isi perut (hati) kambing
untuk Rasulullah s.a.w. Kemudian itu (sesudah makan)
beliau sembahyang dan tidak berwudhu’
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab menjadi Imam selepas makan
عَنِ ابْن عَبَاسٍ أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم
جَمَعَ عَلَيْهِ ثِيَابَهُ ثُمَّ خَرَجَ اِلَى الصَّلاةِ فَأُتِىَ بِهَدِيَّةِ
خُبْزٍ وَلَحْمٍ فَاكَلَ ثَلاثَ لُقَمٍ ثُمَّ صَلَّى بِالنَّاسِ
وَمَا مَسَّ مَاءً
Dari Ibnu ‘Abbas r.a. :
Bahawa Rasulullah .s.a.w. melekatkan pakaiannya dan pergi
sembahyang. Lalu diberikan beliau hadiah roti dan daging,
dimakannya tiga suap, Kemudian itu Beliau sembahyang
(menjadi imam) bagi banyak orang dan beliau
tidak menyentuh air
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab wudhu’ selepas makan
عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ اَنَّ رَجُلا سَأَلَ
رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
أَأَتَوَضَّأُ مِنْ لُحُوْمِ الْغَنَمِ
قَالَ إِنْ شِئْتَ فَتَوَضَّأ وَاِنْ شِئْتَ
فَلا تَوَضَّأ قَالَ أَتَوَضَّأُ مِنْ لُحُومِ الابِلِ
قَالَ نَعَمْ فَتَوَضَّأْ مِنْ لُحُومِ الابِلِ
قَالَ أُصَلِّى فِى مَرَابِضِ الْغَنَمِ قَالَ نَعَمْ
قَالَ أُصَلِّى فِى مَبَارِكِ الابِلِ قَالَ لا
Dari Jabir bin Samurah r.a. :
“Bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
“Apakah saya akan berwudhu’ keraja (memakan) daging kambing?”
Nabi s.a.w. menjawab : Kalau engkau mahu, berwudhu’lah
tetapi jika engkau tidak mahu, janganlah berwudhu’ ”
Lelaki itu bertanya : “Adakah saya akan berwudhu kerana
(memakan) daging unta.?”
Beliau (Nabi s.a.w) menjawab : “Ya , berwudhu’lah kerana
memakan daging unta.”
Lelaki itu bertanya : ” Bolehkan saya sembahyang ditempat
kambing tidur?”
Beliau (Nabi s.a.w.) menjawab : “Ya , Boleh.”
Lelaki itu bertanya : “Bolehkah saya sembahyang ditempat
unta tidur?”
Nabi s.a.w menjawab : “Tidak boleh.”
Hadis sahih riwyat Muslim

Bab berwudhu’ dengan sempurna
عَنْ حُمْرَانَ مَوْلَى عُثْمَانَ قَالَ
تَوَضَّأَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ يَوْمًا وُضُوءًا حَسَنًا
ثُمَّ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ قَالَ مَنْ تَوَضَّأَ هَكَذَا
ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ لَا يَنْهَزُهُ إِلَّا الصَّلَاةُ غُفِرَ لَهُ مَا خَلَا مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Humran katanya :
“Pada suatu hari ‘Usman bi ‘Affan r.a. memperlihatkan cara mengambi wudhu’
yang sempurna kemudian ia berkata :
“Kulihat Rasulullah s.a.w. mengambil wudhu’ yang sempurna dan berkata :
“Barang siapa yang berwudhu’ seperti ini kemudian pergi ke masjid
sengaja akan sembahyang, nescaya Allah akan mengampuni
dosa-dosanya yang telah lalu”
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab sempurnakan wudhu’ dengan basuh tumit
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ
رَجَعْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِمَاءٍ بِالطَّرِيقِ تَعَجَّلَ قَوْمٌ عِنْدَ الْعَصْرِ
فَتَوَضَّئُوا وَهُمْ عِجَالٌ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ
وَأَعْقَابُهُمْ تَلُوحُ لَمْ يَمَسَّهَا الْمَاءُ
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ
Dari Abdullahbin Amr, katanya :
“Sekembali kami bersama Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah
di tengah jalan pada suatu tempat yang berair, rombongan kami yang berjalan
dimuka segera mengambil wudhu’ dengan tergesa-gesa kerana
waktu ‘Asar hampir luput.
Takala kami sampat kepada rombongan itu, kelihatan tumit-tumit meraka
tidak kena air, melihat itu Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan
ancaman api; sempurnakan wudhu’mu!.”
Hadis sahih riwayat Muslim

sumber: http://asifauqolbi-islamiblog9-aburidza.blogspot.com/2011/07/himpunan-hadith-bab-bersuci-wudhu.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s